Friday, January 20, 2012

aku akan kenang semuanya sahabat.

salam sahabat handai yang baca nukilan aku ini. aku yakin hanya sahabat BM226 aku saje yg dapat baca coretan hati aku ini. yea, mmg aku buat ini khas utk anda semua kawan-kawan yang aku sayangi.

hari ini. tanggal 20 hb januari 2012, hati aku rasa sebak lagi. lama dah aku tak rasa perasaan camni. semuanya kerana kawan-kawan yang aku sayangi semua.

pukul 11.30 malam tadi aku pegi rumah aie, aku tengok rumah tu hampir kosong. lan tidur atas katil dia. aku nk kejut tapi aku rasa sayu sgt. mungkin dia penat atau mungkin dia tak sampai hati nak bangun tengok sorang demi sorang kawan-kawan die tinggalkan rumah tu. aku secara jujur aku akan sedih bila aku dalam situasi lan. sedangkan waktu makan tengahari tadi aku hilang selera makan sebab sedih yang teramat nak tengok kawan-kawan aku pergi tinggalkan aku. aku ingat lagi bila izzat salam aku depan kereta dia. dia sempat cakap "if tomorrow never comes". air mata aku dah mula bergenang dan disebabkan itulah aku pakai shade tghri tadi sbb aku tahu bnd ni akan jadi.

sambil aku tolong aie angkat barang bwk turun utk letak dlm kete yana. aku borak dgn aie, ktorang kenang balik ape yg jadi waktu sem 1 smpi skrg. semuanya berputar balik. aku ingat lagi waktu aku first2 masuk sem 1. dgn perangai mcm budak-budak, asyik buat orang annoying,tapi masa membesarkan aku. mendewasakan aku. mematangkan kita semua. aku tahu sekarang value seorang kawan dan sahabat. walau banyak kali selisih faham, banyak kali bertengkar, bertumbuk terajang semua. akhirnya, kita akan hargai seorang kawan bila kita tahu dia akan pergi tinggalkan kita. petang tadi pun puas aty pujuk aku suruh jangan sedih sangat. "lepas ni boleh jumpa lagi." tapi aku tahu masing-masing akan ada komitmen sendiri dan hidup sendiri. hati siapa yang tak sebak bila hampir 2 tahun setengah bersama, muka hari-hari yang sama. lagi-lagi semester akhir ni, semuanya kita buat sama-sama. memang sumpah terasa sedih bila nak berpisah. sambil berborak dgn aie tadi pun aku dah menitis air mata, terlap sini terlap sana. takkan nk tunjuk 'cengeng' dpn bro kn. hahaha. tapi ape ade hal. bro ni lah yang tolong waktu aku susah dan senang dkt sini. bertumbuk sama-sama. bertengkar sama-sama. itu sebabnya kita bro. 'lu dgn gua kita ape?? kita bro!!!'

jadi, bila yana sampai lagi bertambah syahdu hati aku. aku tahu. dah sampai masanya. aku tolong aie angkat barang masuk kereta. sambil dengar yana membebel cakap selamat tinggal die, last sekali, aku salam aie, aku peluk erat die, aku teringat waktu hari pertama aku jumpe semua kawan-kawan dalam satu kelas. air mata aku dah mula mengalir. yana cakap "korg ni jangan la nangis". tapi nak buat cmne yana. lelaki ganas mane pun, bile da sampai situasi ni. for sure akan syahdu punye. aku rasa yana faham. aku teringat victor, lan, nan, nazreen, izzat, syahir, kema, syafiq, fazli, ipin semua. aku pesan dekat aie, "ade mase, helo-helo lah.aku ada je dkt KL tu, sampai KL helo je, drive elok-elok2." aie dengan yana masuk dalam kereta, aku tunggu sampai diorang gerak baru aku masuk kereta. 5 minit jugaklah aku ambik masa nak start enjin kereta.

kawan-kawan, ada masa keep in touch la yea semuanya. setiap pagi tweet la, update status fb. beritahu kami yang anda semua sihat. kalau ada masa aku akan organize futsal or lepak-lepak dkt tempat yang semua orang boleh reach.

selamat maju jaya rakan-rakan ku semua. aku doakan yang terbaik utk kita semua. jadilah yang terbaik, keep in touch. dan ketahuilah satu benda,


aku akan kenang semuanya sahabat....




;)